Akta Cakera Optik 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VII · Penguatkuasaan
43. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes
Feedback & supportPenolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor yang menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini boleh dengan perintah bertulis menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang pada pendapat Penolong
Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada
Inspektor itu mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.
Jika mana-mana orang enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki, Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor itu boleh melaporkan keengganan itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu saman bagi memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).