Akta Cakera Optik 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VII · Penguatkuasaan
38. Penggeledahan dengan waran
Feedback & supportJika pada hemat seseorang Majistret berdasarkan maklumat bertulis yang diberikan dengan sumpah dan selepas siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan di mana-mana premis, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa mana-mana Penolong
Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada
Inspektor yang dinamakan di dalamnya untuk masuk ke dalam premis itu pada bila-bila masa yang munasabah pada siang atau malam hari, dengan atau tanpa bantuan dan jika perlu dengan kekerasan.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 606 26
Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor boleh, dalam premis yang dimasuki di bawah subseksyen (1), menggeledah dan menyita apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen, termasuk data berkomputer, yang mengandungi atau dengan munasabahnya dipercayai mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan dan mungkin mendedahkan keterangan mengenai pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.
Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, jika pada pendapatnya adalah dengan munasabahnya perlu untuk berbuat demikian bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu tetapi tiada seorang pun wanita boleh diperiksa kecuali oleh seorang wanita lain.
Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor yang memasuki mana-mana premis menurut kuasa seksyen ini boleh membawa bersamanya orang lain dan kelengkapan lain sebagaimana yang pada hematnya perlu.
Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor hendaklah, semasa meninggalkan premis itu, jika premis itu tidak berpenghuni atau penghuninya tiada pada masa itu, meninggalkan premis itu dalam keadaan yang selamat daripada penceroboh sebagaimana sebelum dia memasukinya.
Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor yang membuat pemeriksaan seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita, menahan atau mengambil milik apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang dijumpai pada orang itu bagi maksud penyiasatan yang dijalankan oleh pegawai itu.
Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, tidaklah praktik untuk memindahkan apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen itu dalam premis atau dalam bekas yang di dalamnya ia dijumpai.
Cakera Optik 27
Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen
atau memindahkan apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.