Skip to content
In forceUpdated to 2 Oct 2017Read it in English

17. Fungsi Jawatankuasa

Feedback & support
(1)

Jawatankuasa hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan fungsi-fungsi yang berikut:

(a)

mendengar dan menentukan permohonan yang dibuat di bawah Akta ini;

(b)

mendengar dan menentukan pertikaian antara tuan tanah dengan penyewa yang timbul daripada perjanjian penyewaan mereka;

(c)

menjalankan siasatan dan untuk mengendalikan sumpah dan ikrar, untuk memeriksa mana-mana saksi atas sumpah atau ikrar, memanggil mana-mana orang di hadapannya, mengambil dan merekodkan keterangan mana-mana orang itu dan untuk mengawardkan kos kepada mana-mana orang yang hadir dan memberi keterangan di hadapannya; dan

Undang-Undang Malaysia 16

(d)

membuat apa-apa keputusan atau perintah sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan penentuan mana-mana permohonan atau pertikaian.

(2)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen

(3)

, keputusan atau perintah Jawatankuasa dalam sesuatu siasatan tidak boleh diubah atau ditambah kecuali bagi maksud membetulkan kesilapan perkataan atau memulihkan apa-apa kecacatan atau peninggalan tidak sengaja yang tidak menyentuh bahagian material siasatan itu.

(3)

Sesuatu keputusan atau perintah Jawatankuasa boleh dikaji semula, diubah atau diketepikan oleh Jawatankuasa itu atau

Jawatankuasa yang menggantikannya dalam hal yang berikut:

(a)

jika keputusan atau perintah itu dibuat berbangkit daripada fraud, salah nyataan atau kekhilafan;

(b)

jika terdapat keterangan baharu yang bersifat material yang tidak dapat dikemukakan dengan melaksanakan usaha yang munasabah untuk mendapatkannya pada masa keputusan atau perintah itu dibuat;

(c)

jika keputusan atau perintah itu dibuat dalam ketiadaan mana-mana pihak yang perlu atau patut yang ketiadaannya tidak disebabkan oleh apa-apa keingkaran atau kecuaian pada pihaknya; atau

(d)

jika, pada pendapat Jawatankuasa, ketidakadilan substansial telah disebabkan oleh keputusan atau perintah itu.

(4)

Semua keputusan atau perintah Jawatankuasa hendaklah mengikat semua tuan tanah, penyewa dan pemegang gadaian mana-mana tanah padi yang semasa dan kemudian yang berkenaan dengannya keputusan atau perintah itu dibuat.

(5)

Bagi maksud menjalankan fungsi di bawah Akta ini,

Jawatankuasa atau Pengerusi hendaklah mempunyai semua kuasa

Majistret Kelas Pertama, dan boleh menguruskan apa-apa kes penghinaan atau salah laku yang dilakukan dalam pandangan atau di hadapan Jawatankuasa itu atau Pengerusi mengikut kuasa yang diberikan kepada Majistret sedemikian.

(6)

Apa-apa keputusan atau perintah Jawatankuasa hendaklah dikira seolah-olah keputusan atau perintah itu adalah suatu keputusan atau perintah Majistret sedemikian.

Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan)

Report