16. Pelantikan Jawatankuasa atau Pegawai Penyiasat
Feedback & supportPihak Berkuasa Negeri boleh menubuhkan dan melantik dalam dan bagi setiap Negeri yang Akta ini terpakai baginya satu Jawatankuasa atau lebih yang terdiri daripada tiga orang, seorang daripada mereka hendaklah seorang pegawai awam yang hendaklah menjadi Pengerusi, dan pegawai itu boleh dilantik sebagai Pengerusi bagi apa-apa bilangan Jawatankuasa dalam sesuatu Negeri.
Jika didapati wajar oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk berbuat demikian, Pihak Berkuasa Negeri itu boleh sebagai ganti menubuhkan dan melantik suatu Jawatankuasa di bawah subseksyen (1)
Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan)
15
melantik seorang Pegawai Penyiasat yang hendaklah mempunyai semua fungsi dan boleh melaksanakan semua tugas Jawatankuasa atau Pengerusinya di bawah Akta ini dan bagi maksud itu, apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai Jawatankuasa atau Pengerusi hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Pegawai Penyiasat itu.
Pihak Berkuasa Negeri hendaklah menguntukkan suatu kawasan atau kawasan-kawasan kepada Jawatankuasa yang dalamnya
Jawatankuasa itu hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk menjalankan fungsi-fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan fungsi-fungsi itu boleh dijalankan oleh Jawatankuasa itu berkenaan dengan apa-apa perjanjian penyewaan yang berhubungan dengan apa-apa tanah padi di dalam kawasan itu tetapi tidak di dalam kawasan lain.
Bilamana dalam Akta ini ungkapan “Jawatankuasa” digunakan berkenaan dengan apa-apa perjanjian penyewaan atau berkenaan dengan apa-apa pertikaian atau permohonan mengenai apa-apa perjanjian penyewaan, ungkapan itu hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Jawatankuasa yang mempunyai bidang kuasa di dalam kawasan di mana terletaknya tanah padi yang terkandung dalam perjanjian penyewaan itu.