Malaysia legislation

Section 25

of *AKTA PERINDUSTRIAN NANAS 1957

Seksyen 25

(2)

Secara khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan yang terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh—

(a)

menetapkan borang dan masa permohonan, butir-butir yang hendak dibekalkan dan fi yang hendak dibayar bagi pendaftaran sebagai pekebun, pengetin, kilang mengetin, pengeksport, pembekal tin, pertubuhan pemasaran, pengangkut atau penjual dan tempoh yang baginya pendaftaran tersebut hendaklah terpakai;

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 427

(b)

menghendaki semua pengetin, pengeksport, pembekal tin, pertubuhan pemasaran, pengangkut dan penjual yang memohon bagi pendaftaran menjadi, sebelum atau selepas pendaftaran, anggota mana-mana persatuan perwakilan yang difikirkan sesuai oleh Lembaga;

(c)

menetapkan kehendak minimum bagi tapak, susun atur, pembinaan, loji, mesin dan kebersihan sesuatu kilang mengetin berdaftar dan bekalan air kepadanya;

(d)

menetapkan takat dan kaedah-kaedah minimum bagi penggemburan nanas oleh seseorang pengetin berdaftar atau seseorang pekebun berdaftar, termasuk penggunaan, kawalan dan pembahagian baja dan kimia lain, penjalanan penanaman semula dengan bahan-bahan penanaman pembuahan tinggi dengan cara yang lengkap dan sistematik, dan pemodenan penggemburan nanas dengan tujuan untuk memperbaiki kesejahteraan ekonomi pekebun berdaftar;

(da) mengawal selia penjalanan semua perkara berhubungan dengan kegiatan pengangkut berdaftar dan penjual berdaftar yang berkenaan dengan industri nanas;

(e)

menetapkan personel perubatan yang hendak diguna khidmat di kilang mengetin berdaftar dan kelengkapan dan stor yang hendak dibekalkan;

(f)

menetapkan kemudahan penginapan, membasuh, mandi, tandas, makan, rekreasi dan apa-apa kemudahan lain yang hendak dibekalkan oleh pengetin berdaftar bagi faedah pekerja mereka;

(g)

melarang pengeksportan mana-mana gred, kualiti atau jenis nanas bertin sama ada secara mutlak atau ke mana-mana destinasi tertentu dan menetapkan kaedah pelupusan mana-mana nanas bertin yang diputuskan olehnya sebagai tidak sesuai bagi pengeksportan atau bagi jualan di dalam Malaysia;

(h)

menetapkan kaedah dan nisbah kepada pengeluaran atau pengeksportan yang melaluinya sampel percuma boleh

Perindustrian Nanas 27

diambil bagi maksud menyemak pematuhan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;

(i)

menetapkan cara dan kekerapan yang dengannya pekerja di mana-mana kilang mengetin berdaftar hendaklah dikenakan pemeriksaan perubatan dan borang yang di dalamnya pemeriksaan sedemikian hendaklah diperakui dan melarang mana-mana orang yang tidak diperakui secara perubatan sebagai sesuai bagi pekerjaan itu bekerja di premis mana-mana kilang mengetin berdaftar;

(j)

menetapkan kegunaan perakuan keasalan bagi nanas bertin;

(k)

menetapkan jenis dan reka bentuk kontena yang di dalamnya tin kosong, hujung tin, nanas dan tin berisi nanas boleh dibungkus dan diangkut ke atau dari kilang mengetin berdaftar dan gudang pengeksport berdaftar;

(l)

menghendaki penambahan apa-apa maklumat dan perakuan, sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Lembaga, kepada perisytiharan yang dibuat oleh seseorang pengeksport sebagai mematuhi Akta Kastam 1968 [Akta 235];

(m)

menghendaki pengeksport berdaftar supaya menyimpan buku akaun mengikut apa-apa bentuk yang ternyata kepada Lembaga adalah diingini dan supaya menyimpan salinan dokumen yang memperlakukan transaksi mengenai nanas bertin;

(n)

menetapkan standard bagi pengeluaran, penggredan dan cara memperihalkan, menandakan dan melabelkan nanas bertin dan kaedah-kaedah pemeriksaan dan pemerakuan atau pendaftarannya;

(o)

menetapkan dimensi, bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang standard bagi pembentukan tin yang hendak digunakan bagi pengetinan nanas dan melarang pembelian sedemikian daripada mana-mana orang melainkan seseorang pembekal tin berdaftar;

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 427

(p)

menetapkan destinasi yang kepadanya nanas bertin boleh dieksport di bawah mana-mana label tertentu;

(q)

menetapkan maklumat berkenaan dengan pengeluaran, jualan dan eksport yang hendaklah diberi dan kaedah-kaedah yang hendaklah digunakan untuk menunjukkan maklumat sedemikian oleh mana-mana pengetin berdaftar, pengeksport berdaftar, pembekal tin berdaftar atau pertubuhan pemasaran berdaftar dan bentuk penyata yang hendak dibuat oleh anggota pertubuhan pemasaran berdaftar;

(r)

menetapkan kaedah-kaedah bagi penetapan harga yang hendak dibayar kepada pekebun oleh pengetin berdaftar dan penetapan kuota nanas pekebun yang hendak dibeli oleh pengetin berdaftar dan boleh memaksa pengetin berdaftar supaya membeli kuota tersebut pada masa pengeluaran berlebihan;

(s)

menetapkan standard minimum bagi nanas yang boleh diterima oleh mana-mana kilang mengetin berdaftar atau yang boleh digunakan bagi mana-mana jenis atau gred nanas bertin;

(t)

menetapkan syarat dan terma perkhidmatan bagi, dan gaji, elaun perjalanan dan elaun sara diri yang kena dibayar kepada, Pengerusi Lembaga dan elaun perjalanan dan elaun lain yang kena dibayar kepada anggota Lembaga, dan mengawal selia tatacara Lembaga, dan jawatankuasa yang dilantik di bawah Akta ini;

(u)

menetapkan, melarang atau menghendaki apa-apa jua yang difikirkan perlu oleh Lembaga untuk menjalankan tujuan Akta ini;

(v)

menetapkan sesuatu penalti yang tidak melebihi lima ribu ringgit bagi pelanggaran mana-mana peruntukannya.

(3)

(Dipotong oleh Akta A391).

Perindustrian Nanas 29

Pemansuhan