Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 · Updated to 29 Dec 2023 · Bahagian III · Komponen Utama Dasar Fiskal
11. Dasar hasil
Feedback & support(1)
Dasar hasil hendaklah berdaya saing dalam persekitaran global, menggalakkan pelaburan dan menyokong pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang.
(2)
Menteri hendaklah memastikan penjanaan hasil mampu untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan atau sekurang-kurangnya untuk membiayai perbelanjaan mengurus.
(3)
Kerajaan hendaklah menerima pakai dasar hasil yang berkesan dan cekap yang—
(a)
memastikan penjanaan hasil yang mampan; dan
(b)
meminimumkan kemungkinan kehilangan hasil.