Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 · Updated to 29 Dec 2023 · Bahagian III · Komponen Utama Dasar Fiskal
15. Tanggungjawab Menteri berhubung dengan perbelanjaan awam
Feedback & supportMenteri hendaklah merumuskan dasar perbelanjaan awam jangka masa sederhana sebagai rangka kerja yang menyeluruh untuk perancangan perbelanjaan awam.
Menteri hendaklah, berkenaan dengan setiap tahun kewangan, menyediakan penyata anggaran perbelanjaan berdasarkan mandat dan dasar Kerajaan selaras dengan sandaran andaian petunjuk ekonomi dan faktor lain yang berkaitan.
Menteri hendaklah memantau prestasi program dan projek dalam anggaran perbelanjaan dan melaporkan keberhasilannya untuk memastikan penggunaan sumber yang optimum.
Menteri hendaklah menerbitkan laporan prestasi perbelanjaan pertengahan tahun di bawah seksyen 36 Akta ini.
Menteri hendaklah, semasa pembentangan rang undang-undang perbekalan tambahan, menyatakan tujuan dan sumber pembiayaan berhubung dengan perbelanjaan tambahan dan lebih, sekiranya perbelanjaan tahun kewangan itu melebihi anggaran perbelanjaan yang diluluskan sama ada melalui penjimatan, penstrukturan semula perbelanjaan, tambahan hasil atau pinjaman.
Menteri hendaklah menjalankan penilaian program dan projek dalam jangka masa sederhana dan melaporkan dapatan dan syornya kepada Jemaah Menteri.
Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 17