Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 · Updated to 29 Dec 2023 · Bahagian III · Komponen Utama Dasar Fiskal
22. Penzahiran risiko fiskal
Feedback & supportMenteri dalam menjalankan penilaian yang dibuat menurut perenggan 21(b), hendaklah menyediakan peruntukan kewangan dan menzahirkan risiko fiskal berdasarkan keadaan-keadaan yang berikut:
sekiranya risiko fiskal yang dinilai boleh ditentukan kuantiti dengan ketepatan yang munasabah dan komitmen kewangan yang boleh ditetapkan dalam jangka masa sederhana berbangkit, komitmen kewangan itu hendaklah dizahirkan dalam laporan tinjauan fiskal; atau
sekiranya risiko fiskal yang dinilai tidak boleh ditentukan kuantiti dengan ketepatan yang munasabah atau komitmen kewangan tidak boleh ditetapkan dalam jangka masa sederhana, risiko fiskal itu hendaklah dizahirkan dalam penyata risiko fiskal.