Skip to content
In forceUpdated to 29 Dec 2023Read it in English

Bahagian III · Komponen Utama Dasar Fiskal

13. Perumusan dasar perbelanjaan awam

Feedback & support
(1)

Menteri bertanggungjawab bagi merumuskan dan melaksanakan dasar perbelanjaan awam secara berkesan dan cekap untuk meningkatkan disiplin fiskal, penyampaian perkhidmatan awam dan agihan sumber ke arah mencapai keseluruhan objektif sosioekonomi mengikut prinsip pengurusan fiskal yang bertanggungjawab di bawah Akta ini.

(2)

Perumusan dasar perbelanjaan awam hendaklah berdasarkan kepada objektif yang berikut:

(a)

untuk menerapkan disiplin fiskal dalam pengurusan perbelanjaan awam;

(b)

untuk memastikan penjajaran perbelanjaan awam dengan penjanaan hasil dalam jangka masa sederhana;

(c)

untuk memastikan ketelusan dalam perbelanjaan awam;

dan

(d)

untuk meningkatkan kecekapan dalam perbelanjaan awam.

(3)

Dalam merumuskan dasar perbelanjaan awam di bawah seksyen ini, Menteri hendaklah mengambil kira perbelanjaan pembangunan tahunan sebagai peratusan kadar keluaran dalam negeri kasar sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Report

Bahagian IV

Pelan Pelarasan Fiskal

Bahagian V

Jawatankuasa Dasar Fiskal

Bahagian VI

Pelaporan

Schedules