Skip to content
In forceUpdated to 29 Dec 2023Read it in English

Bahagian III · Komponen Utama Dasar Fiskal

12. Tanggungjawab Menteri berhubung dengan dasar hasil

Feedback & support
(1)

Menteri hendaklah merumuskan strategi hasil jangka masa sederhana dan menjalankan suatu kajian semula ke atas dasar hasil termasuklah tetapi tidak terhad kepada rangka kerja perundangan dan struktur insentif dalam mengoptimumkan sumber hasil.

(2)

Menteri hendaklah, berkenaan dengan setiap tahun kewangan, menyediakan anggaran hasil tahunan berdasarkan perubahan dasar dan perundangan hasil selaras dengan sandaran andaian petunjuk ekonomi dan faktor lain yang berkaitan.

(3)

Menteri hendaklah membuat suatu taksiran mengenai potensi kehilangan atau tambahan hasil dan hendaklah menyatakan langkah-langkah yang boleh meminimumkan kehilangan hasil.

(4)

Menteri hendaklah memastikan pengurusan dan pentadbiran hasil adalah mengikut objektif di bawah subseksyen 10(2)

dan dasar di bawah seksyen 11 yang berhubungan dengan hasil.

(3)

Menteri hendaklah membuat suatu taksiran mengenai potensi kehilangan atau tambahan hasil dan hendaklah menyatakan langkah-langkah yang boleh meminimumkan kehilangan hasil itu.

Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 15

Report

Bahagian IV

Pelan Pelarasan Fiskal

Bahagian V

Jawatankuasa Dasar Fiskal

Bahagian VI

Pelaporan

Schedules