Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 · Updated to 29 Dec 2023 · Bahagian III · Komponen Utama Dasar Fiskal
25. Tanggungjawab untuk mengemukakan penyata kewangan
Feedback & supportEntiti Kerajaan dan penerima jaminan kewangan hendaklah mengemukakan penyata kewangan teraudit kepada Perbendaharaan tidak lebih dari enam bulan dari berakhirnya tahun kewangan.
Sekiranya penyata kewangan teraudit belum dikeluarkan, entiti Kerajaan dan penerima jaminan kewangan hendaklah mengemukakan penyata kewangan yang tidak teraudit.
Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), Menteri boleh, pada bila-bila masa, mengarahkan entiti Kerajaan dan penerima jaminan kewangan untuk mengemukakan penyata kewangannya.
Bagi maksud subseksyen (1), ‘tahun kewangan’ ertinya tahun kewangan seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Syarikat 2016.
Undang-Undang Malaysia 22