Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 · Updated to 29 Dec 2023 · Bahagian III · Komponen Utama Dasar Fiskal
19. Tanggungjawab Menteri berhubung dengan pengurusan pinjaman dan hutang
Feedback & supportMenteri hendaklah, sebelum permulaan suatu tahun kewangan, menyediakan suatu program pinjaman untuk membiayai perbelanjaan bagi maksud yang dinyatakan dalam Jadual Pertama
Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 dan untuk membayar balik hutang matang bagi tahun kewangan itu.
Menteri boleh menyemak semula program pinjaman sebagaimana yang disifatkannya perlu.
Menteri hendaklah, pada setiap masa, memantau pinjaman, bayaran khidmat hutang dan jumlah hutang.
Menteri hendaklah membuat penilaian ke atas kemampanan hutang dalam jangka masa sederhana dan melaporkan dapatan dan syornya kepada Kerajaan.
Menteri hendaklah memastikan pelaksanaan dasar pengurusan pinjaman dan hutang adalah selaras dengan dan mengikut peruntukan
Akta ini.