Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 · Updated to 29 Dec 2023 · Bahagian III · Komponen Utama Dasar Fiskal
24. Pelan mitigasi berhubung dengan jaminan kewangan
Feedback & support(1)
Sekiranya terdapat kemungkinan berlaku suatu kemungkiran atau terdapat suatu keadaan signifikan yang boleh menyebabkan berlakunya kemungkiran oleh penerima jaminan kewangan,
Menteri hendaklah membentangkan pelan mitigasi di hadapan
Dewan Rakyat.
(2)
Sekiranya pelan mitigasi melibatkan penggunaan amaun daripada Kumpulan Wang Disatukan, amaun itu hendaklah diperuntukkan dalam anggaran perbelanjaan.