Skip to content
In forceUpdated to 29 Dec 2023Read it in English

Bahagian III · Komponen Utama Dasar Fiskal

20. Perumusan dasar pengurusan risiko fiskal

Feedback & support
(1)

Menteri bertanggungjawab bagi merumuskan dasar pengurusan risiko fiskal Kerajaan dengan matlamat untuk meminimumkan dan mengurangkan pendedahan risiko Kerajaan selaras dengan prinsip pengurusan fiskal yang bertanggungjawab di bawah subseksyen 6(2) Akta ini.

(2)

Menteri hendaklah, sekiranya jumlah hasil melebihi jumlah perbelanjaan dalam tahun kewangan, memindahkan apa-apa lebihan jumlah hasil berbanding jumlah perbelanjaan kepada kumpulan wang penjelas yang diwujudkan di bawah seksyen 12

Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 [Akta 637] untuk mengurangkan hutang Kerajaan.

Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 19

(2)

Risiko fiskal ertinya apa-apa transaksi atau hal keadaan yang mengikat atau boleh mengikat Kerajaan kepada liabiliti kewangan, termasuklah tetapi tidak terhad kepada—

(a)

komitmen kewangan kepada Kerajaan yang berbangkit daripada apa-apa jaminan kewangan, kerjasama awam-swasta dan entiti Kerajaan;

(b)

perubahan dalam mana-mana petunjuk ekonomi yang boleh menyebabkan komitmen kewangan tambahan kepada Kerajaan;

(c)

kesan bencana alam, perubahan iklim, pandemik dan situasi geopolitik yang boleh menyebabkan komitmen kewangan tambahan kepada Kerajaan; dan

(d)

apa-apa hal keadaan yang boleh berpotensi mendedahkan

Kerajaan kepada suatu komitmen kewangan.

Report

Bahagian IV

Pelan Pelarasan Fiskal

Bahagian V

Jawatankuasa Dasar Fiskal

Bahagian VI

Pelaporan

Schedules