Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 · Updated to 29 Dec 2023 · Bahagian III · Komponen Utama Dasar Fiskal
16. Perumusan dasar pengurusan pinjaman dan hutang
Feedback & support(1)
Menteri bertanggungjawab bagi merumuskan dan melaksanakan dasar pengurusan pinjaman dan hutang Kerajaan secara bertanggungjawab dan berhemat dengan matlamat untuk memastikan kemampuan dan kemampanan hutang.
(2)
Perumusan dasar pengurusan pinjaman dan hutang hendaklah berdasarkan objektif yang berikut:
(a)
untuk memastikan obligasi pinjaman dan hutang Kerajaan dipenuhi tepat pada masanya pada kos paling rendah dengan tahap risiko yang munasabah;
(b)
untuk menggalakkan pembangunan dan kecekapan fungsi pasaran kewangan domestik; dan
(c)
untuk memastikan kemampuan hutang dan konsolidasi hutang dalam jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.