Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 · Updated to 4 Jun 2015 · Bahagian II · Penubuhan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
12. Mesyuarat dan tatacara Lembaga
Feedback & supportLembaga hendaklah mengadakan mesyuaratnya sekurang-kurangnya dua kali setahun pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh Pengerusi.
Semua mesyuarat Lembaga hendaklah dipengerusikan oleh Pengerusi atau, semasa ketiadaan Pengerusi, Timbalan
Pengerusi.
Kuorum mesyuarat Lembaga ialah lima orang dan hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya—
dua orang anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 8(1)(b), (c) atau (e), tidak termasuk Timbalan
Pengerusi sekiranya mesyuarat dipengerusikan oleh
Timbalan Pengerusi; dan
seorang anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 8(1)(f).
Keputusan Lembaga hendaklah diterima pakai melalui undi majoriti mudah anggota yang hadir dan mengundi, dan dalam hal bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
Apa-apa minit mesyuarat Lembaga hendaklah, jika ditandatangani sewajarnya oleh Pengerusi, diterima sebagai keterangan mengenai fakta yang dinyatakan dalam minit itu dalam mana-mana prosiding undang-undang dan tiap-tiap mesyuarat yang minitnya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Lembaga hendaklah menyebabkan supaya minit semua mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
Sesuatu ketetapan dikira sebagai telah diluluskan—
pada sesuatu mesyuarat Lembaga, sekiranya semua anggota
Lembaga telah dimaklumkan mengenai ketetapan yang dicadangkan itu, atau usaha yang munasabah telah dibuat untuk memaklumkan semua anggota Lembaga mengenai ketetapan yang dicadangkan itu; atau
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 17
tanpa bermesyuarat, sekiranya semua anggota Lembaga menandakan persetujuan dengan ketetapan itu mengikut kaedah yang ditentukan oleh Lembaga.
Subseksyen (7) terpakai hanya jika Lembaga—
memutuskan bahawa subseksyen itu terpakai; dan
memutuskan kaedah yang dengannya anggota Lembaga boleh menandakan persetujuan dengan ketetapan itu.
Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri.