Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 · Updated to 4 Jun 2015 · Bahagian II · Penubuhan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
16. Penzahiran kepentingan
Feedback & supportSeseorang anggota Lembaga atau jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mesyuarat
Lembaga atau jawatankuasa yang mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa kepentingan berhubung dengan apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga atau jawatankuasa hendaklah menzahirkan kepada Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, hakikat dan jenis kepentingannya itu.
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah dicatatkan dalam minit mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Selepas penzahiran di bawah subseksyen (1), anggota
Lembaga atau jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa—
tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam mana-mana pertimbangtelitian atau semasa pembuatan apa-apa keputusan
Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berhubungan dengan perkara itu;
dan
tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam pertimbangtelitian atau semasa pembuatan apa-apa keputusan yang berhubungan dengan perkara itu.