Skip to content
In forceUpdated to 4 Jun 2015Read it in English

Bahagian II · Penubuhan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

7. Kuasa Lembaga

Feedback & support
(1)

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat untuk atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Lembaga hendaklah termasuk kuasa—

(a)

untuk menggunakan semua harta Lembaga mengikut apa-apa cara yang difikirkan suai manfaat oleh Lembaga termasuklah mendapatkan wang bagi maksud Kumpulan Wang dengan mensekuriti atau menggadai janji harta itu;

(b)

untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, mana-mana

Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa berkanun atau pertubuhan perbadanan bagi maksud melaksanakan fungsi Lembaga;

(c)

tertakluk kepada subseksyen (3), untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga;

(d)

untuk menghendaki pengemukaan maklumat oleh mana-mana orang untuk membantu Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya;

(e)

untuk melantik ejen, penasihat termasuklah pakar, peguam bela dan peguam cara, jurubank dan perunding, dan orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga untuk membantu Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya; dan

(f)

untuk memberikan pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan kepada pekerja Lembaga.

(3)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan fi dan caj yang boleh dikenakan oleh Lembaga.

Report

Bahagian III

Pekerja Lembaga

Bahagian IV

Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

Bahagian V

Peruntukan Kewangan

Bahagian VI

Kuasa Tambahan Lembaga

Bahagian VII

Bahagian VIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan