Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 · Updated to 4 Jun 2015 · Bahagian II · Penubuhan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
4. Peruntukan peletakhakan
Feedback & supportTertakluk kepada Akta ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh peletakhakan dan pada tarikh itu semua harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti Kerajaan yang dinyatakan oleh
Menteri dalam perintah itu yang berhubungan dengan pentadbiran pinjaman di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah, menurut kuasa Akta ini, dipindahkan kepada dan terletak hak pada
Lembaga tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan.
Tiap-tiap harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak sedemikian pada Lembaga dengan hakmilik, harta benda atau kepentingan yang serupa dan dengan pemegangan yang serupa sebagaimana harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti itu terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh peletakhakan itu.
Tiap-tiap hak dalam tindakan, hak, kepentingan, obligasi atau liabiliti yang terletak hak pada Lembaga menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan,
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 11
dibawa guaman terhadapnya, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh
Lembaga atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Lembaga atau Kerajaan untuk memberikan notis—
kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai; atau
kepada orang yang hak, kepentingan, obligasi atau liabilitinya tersentuh oleh, peletakhakan yang dibuat di bawah subseksyen (1).
Apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadap
Kerajaan yang belum selesai yang berkaitan dengan apa-apa harta, hak, kepentingan, obligasi atau liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga menurut kuasa subseksyen (1)
boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, diteruskan oleh atau terhadap Lembaga.
Dalam hal hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang berbangkit di bawah apa-apa pinjaman yang terletak hak pada
Lembaga pada tarikh peletakhakan, Lembaga boleh membuat apa-apa perjanjian atau perkiraan mengenai hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti itu dengan Kerajaan atau mana-mana orang lain.
Jika menurut kuasa subseksyen (1) apa-apa harta dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga, peruntukan Bahagian Tiga
Puluh Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56 tahun 1965] hendaklah, bagi maksud melaksanakan pendaftaran bagi peletakhakan itu, terpakai bagi Lembaga.
Pada dan selepas tarikh peletakhakan, apa-apa perjanjian, surat ikatan atau perkiraan lain yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga di bawah subseksyen (1)
yang Kerajaan adalah pihak kepadanya sebaik sebelum tarikh peletakhakan itu, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak daripada sesuatu jenis harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti di bawah perjanjian, surat ikatan atau apa-apa perkiraan lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang boleh diserahhakkan oleh Kerajaan, hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah Lembaga telah menjadi pihak kepada perjanjian, surat ikatan atau apa-apa perkiraan lain itu.
Undang-Undang Malaysia 12
Dalam seksyen ini, “tarikh peletakhakan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen (1).