Skip to content
In forceUpdated to 4 Jun 2015Read it in English

Bahagian II · Penubuhan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

13. Jawatankuasa

Feedback & support
(1)

Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantu Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya.

(2)

Lembaga boleh memilih mana-mana anggota Lembaga atau mana-mana orang lain untuk menjadi pengerusi jawatankuasa.

(3)

Anggota jawatankuasa boleh dilantik daripada kalangan anggota Lembaga atau mana-mana orang lain yang difikirkan layak oleh Lembaga.

(4)

Seseorang anggota jawatankuasa yang bukan anggota Lembaga hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Lembaga dalam surat pelantikan anggota jawatankuasa itu dan hendaklah layak untuk dilantik semula.

(5)

Lembaga boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa yang bukan anggota

Lembaga.

(6)

Seseorang anggota jawatankuasa yang bukan anggota

Lembaga boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada Pengerusi.

(7)

Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.

Undang-Undang Malaysia 18

(8)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

(9)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya—

(a)

minit semua mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan

(b)

salinan minit semua mesyuaratnya dikemukakan kepada Lembaga dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan.

(10)

Apa-apa minit mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah, sekiranya ditandatangani sewajarnya oleh pengerusi sesuatu jawatankuasa, diterima sebagai keterangan mengenai fakta yang dinyatakan dalam minit itu dalam mana-mana prosiding undang-undang, dan tiap-tiap mesyuarat yang minitnya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

(11)

Anggota jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(12)

Sesuatu jawatankuasa boleh menentukan tatacaranya sendiri.

(13)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa oleh Lembaga.

Report

Bahagian III

Pekerja Lembaga

Bahagian IV

Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

Bahagian V

Peruntukan Kewangan

Bahagian VI

Kuasa Tambahan Lembaga

Bahagian VII

Bahagian VIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan