Skip to content
In forceUpdated to 4 Jun 2015Read it in English

Bahagian II · Penubuhan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

8. Keanggotaan Lembaga

Feedback & support
(1)

Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan sebagai Pengerusi;

(b)

Peguam Negara atau wakilnya;

Undang-Undang Malaysia 14

(c)

Akauntan Negara atau wakilnya;

(d)

Ketua Pegawai Eksekutif yang menjadi anggota ex-officio;

(e)

tidak lebih daripada tiga orang anggota daripada kalangan pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang hendaklah dilantik oleh Menteri; dan

(f)

tidak kurang daripada dua tetapi tidak lebih daripada empat orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh

Menteri.

(2)

Anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(f) hendaklah orang yang layak dan sesuai daripada kalangan orang yang, pada pendapat Menteri, mempunyai kedudukan dan pengalaman dalam perbankan, atau perkara kewangan atau hal undang-undang.

(3)

Dalam menentukan sama ada seseorang adalah orang yang layak dan sesuai bagi maksud subseksyen (2), Menteri hendaklah mengambil kira—

(a)

kejujuran yang tidak diragui, kecekapan dan kewajaran pertimbangan orang itu dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Lembaga; dan

(b)

ketekunan yang membolehkan orang itu memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Lembaga.

(4)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), Menteri hendaklah mengambil kira penjalanan dan aktiviti perniagaan yang terdahulu orang itu dan, khususnya, apa-apa keterangan bahawa dia—

(a)

telah dikompaun atau dipertuduh atas, suatu kesalahan sama ada disabitkan atau sebaliknya, yang boleh dihukum dengan—

(i)

pemenjaraan selama enam bulan atau lebih, sama ada hukuman pemenjaraan sahaja, atau sebagai ganti, atau sebagai tambahan kepada, suatu denda;

atau

(ii)

denda sebanyak sepuluh ribu ringgit atau lebih;

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 15

(b)

melanggar mana-mana peruntukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang, pada pendapat Menteri, dimaksudkan bagi melindungi orang awam daripada kerugian kewangan yang disebabkan oleh kecurangan, ketidakcekapan atau amalan salah atau daripada kerugian kewangan yang disebabkan oleh kelakuan bankrap dilepaskan atau belum lepas; atau

(c)

terlibat dalam atau telah dikaitkan dengan, apa-apa amalan perniagaan atau selainnya berkelakuan dengan sedemikian cara yang menimbulkan keraguan terhadap kecekapan dan kewajaran pertimbangannya.

(5)

Menteri hendaklah melantik Timbalan Pengerusi

Lembaga daripada kalangan anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(b), (c) atau (e).

Report

Bahagian III

Pekerja Lembaga

Bahagian IV

Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

Bahagian V

Peruntukan Kewangan

Bahagian VI

Kuasa Tambahan Lembaga

Bahagian VII

Bahagian VIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan