Skip to content
In forceUpdated to 4 Jun 2015Read it in English

Bahagian II · Penubuhan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

5. Meterai perbadanan

Feedback & support
(1)

Meterai perbadanan Lembaga hendaklah mempunyai suatu tanda sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu oleh

Lembaga sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi perkataan “Lembaga Pembiayaan Perumahan

Sektor Awam” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga.

(3)

Meterai perbadanan Lembaga hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi dan hendaklah disahkan oleh mana-mana dua orang anggota Lembaga yang diberi kuasa oleh Lembaga, atau oleh seorang anggota Lembaga dan Pengerusi.

(4)

Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan dan disahkan mengikut subseksyen (3) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.

(5)

Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Report

Bahagian III

Pekerja Lembaga

Bahagian IV

Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

Bahagian V

Peruntukan Kewangan

Bahagian VI

Kuasa Tambahan Lembaga

Bahagian VII

Bahagian VIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan