Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 · Updated to 4 Jun 2015 · Bahagian II · Penubuhan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
14. Pengosongan jawatan
Feedback & supportJawatan seseorang anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 8(1)(e) atau (f) dan pelantikan anggota jawatankuasa yang bukan anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong sekiranya—
dia meninggal dunia;
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 19
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun;
dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
dia menjadi bankrap;
dia menjadi ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat atau ahli mana-mana Dewan Undangan Negeri;
dia memegang apa-apa jawatan dalam parti politik;
berkenaan dengan anggota Lembaga, dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran
Pengerusi, dan berkenaan dengan anggota jawatankuasa yang bukan anggota Lembaga, dia tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran pengerusi jawatankuasa itu;
berkenaan dengan anggota Lembaga, pelantikannya dibatalkan oleh Menteri, dan berkenaan dengan anggota jawatankuasa yang bukan anggota Lembaga, pelantikannya dibatalkan oleh Lembaga; atau
dia meletak jawatan.