Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021) · Updated to 15 Nov 2021 · Bahagian III · Peruntukan Pelbagai yang Terpakai bagi Pertubuhan Secara Amnya
42. Penalti ke atas pemegang jawatan, dsb., pertubuhan yang menyalahi undang-undang
Feedback & supportMana-mana pemegang jawatan dan mana-mana orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan mana-mana pertubuhan yang menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau kedua-duanya.