Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021) · Updated to 15 Nov 2021 · Bahagian III · Peruntukan Pelbagai yang Terpakai bagi Pertubuhan Secara Amnya
44. Orang yang membenarkan pertubuhan yang menyalahi undang-undang dalam premis
Feedback & supportMana-mana orang yang dengan diketahuinya membenarkan sesuatu mesyuarat bagi sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang, atau bagi anggota sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang, diadakan di mana-mana rumah, bangunan atau tempat yang dipunyai atau dihuni atau dikawal olehnya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.