Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021) · Updated to 15 Nov 2021 · Bahagian III · Peruntukan Pelbagai yang Terpakai bagi Pertubuhan Secara Amnya
43. Penalti ke atas anggota pertubuhan yang menyalahi undang-undang
Feedback & supportMana-mana orang yang menjadi atau bertindak sebagai seorang anggota bagi sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang atau menghadiri sesuatu mesyuarat bagi sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang atau yang membayar wang atau
58
Undang-Undang Malaysia
memberikan apa-apa bantuan kepada atau bagi maksud sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.