Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975 · As enacted · Bahagian VI · Kewangan dan Lapuran
Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975 · As enacted · Bahagian VI · Kewangan dan Lapuran
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Sebelum permulaan bulan Julai tiap-tiap tahun Majlis hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaannya termasuk perbelanjaan bagi projek-projek pembangunan, bagi tahun yang berikut dalam bentuk dan dengan butir-butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri, dan Menteri hendaklah sebelum permulaan bulan November tahun itu memberitahu Majlis akan amaun perbelanjaan yang dibenarkan dengan persetujuan Menteri Kewangan pada amnya atau bagi tiap-tiap perihal perbelanjaan.
Majlis boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh dengan persetujuan Menteri Kewangan membenarkan semua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang dimasukkan di dalamnya itu.
Akaun-akaun Majlis hendaklah diodit tiap-tiap tahun oleh Juruodit Negara atau juruodit lain yang dilantik oleh Majlis dengan kelulusan Menteri Kewangan.
Bahagian VII
Bahagian VIII
Bahagian IX