Skip to content

Bahagian IX · Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan

49. Section 49

(1)

Semua penentuan yang diisytiharkan sebagai penentuan piawai di bawah seksyen $ ^{1 / 2} $ Akta Piawaian, 1966 dan yang berkuatkuasa sebagai penentuan-penentuan piawai sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah terus lagi berkuatkuasa sebagai penentuan-penentuan piawai yang diisytiharkan di bawah seksyen 28 Akta ini sehingga ditarikbalik di bawah seksyen itu.

(2)

Semua tanda yang-didaftarkan sebagai cap-cap dagangan perakuan menurut seksyen $ ^{18} $ Akta tersebut dan yang masih didaftarkan sedemikian sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah masih terdaftar dan hendaklah disifatkan sebagai telah didaftarkan menurut seksyen 29.

(3)

Semua lesen untuk menggunakan tanda-tanda piawai yang diberi di bawah seksyen 20 Akta tersebut dan yang berkuatkuasa sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini adalah masih lagi sah sebagai lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 30 sehingga lesen-lesen itu tamat atau dibatalkan di bawah Akta ini.

Report