Skip to content

Bahagian IX · Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan

44. Section 44

(1)

Semua tanah yang sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini telah terletakhak pada badan yang dibubarkan atau dirizabkan di bawah mana-mana undangundang bertulis berhubung dengan tanah bagi maksudmaksud badan yang dibubarkan hendaklah apabila mula berkuatkuasanya Akta ini terletakhak pada atau disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud-maksud Institiut dan Majlis.

(2)

Semua harta dan aset, lain daripada tanah, yang sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini telah terletakhak pada badan yang dibubarkan atau pada seseorang bagi pihaknya hendaklah apabila mula berkuatkuasanya Akta ini diletakhak pada Institiut dan Majlis.

Report