Skip to content

Bahagian VI · Kewangan dan Lapuran

22. Section 22

(1)

Bagi maksud Akta ini maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu kumpulanwang yang hendaklah ditadbir dan dikawal oleh Majlis.

(a)

semua wang yang diuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen bagi maksud Institiut;

(2)

Maka hendaklah dibayar ke dalam kumpulanwang itu—

(b)

semua wang yang dibayar kepada atau diterima oleh Institiut berikutan dengan pungutan bayaran atau jualan penerbitan-penerbitan;

(c)

semua wang yang diterima oleh Institiut menurut seksyen 39 (2);

(d)

semua wang yang diterima oleh Institiut/dengan cara pemberian, sumbangan, endowmen, subsidi, hadiah, wasiat, derma, yuran, sewa, bunga, dan royalti;

(e)

semua wang lain yang dibayar kepada atau diterima dengan sah di sisi undang-undang oleh Institiut; dan

(f)

semua kumpulan pendapatan yang diperolehi dari wang yang dibayar ke dalam kumpulanwang itu

3) Maka hendaklah dibayar dari kumpulanwang itu—

(a)

apa-apa perbelanjaan berhubung dengan pentadbiran dan tugas-tugas Institiut sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri; dan

(b)

apa-apa perbelanjaan lain sebagaimana yang dibayar mengikut peruntukan-peruntukan Akta ini.

Report

Bahagian VII

Piawaian

Bahagian VIII

Tambahan

Bahagian IX

Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan