Skip to content
In forceUpdated to 8 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian V · Pengurusan Strata Selepas Kewujudan Perbadanan Pengurusan

64. Kewajipan dan kuasa perbadanan pengurusan subsidiari

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), perbadanan pengurusan subsidiari hendaklah mempunyai kuasa dan kewajipan yang sama seperti perbadanan pengurusan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkaitan semata-mata dengan harta bersama terhad yang dikhaskan untuk manfaat eksklusif bagi semua pemilik yang membentuk perbadanan pengurusan subsidiari itu, dan melainkan jika diperuntukkan selainnya secara nyata, peruntukan Bab 3

hendaklah terpakai, dengan ubah suaian yang perlu, bagi perbadanan pengurusan subsidiari sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi perbadanan pengurusan.

(2)

Selepas penubuhan perbadanan pengurusan subsidiari bagi harta bersama terhad, perbadanan pengurusan hendaklah mengekalkan kuasanya dan kewajipannya dalam perkara yang berkenaan dengan harta bersama bagi kawasan pemajuan yang tidak dikhaskan sebagai harta bersama terhad.

(3)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), perbadanan pengurusan subsidiari hendaklah—

(a)

tertakluk kepada seksyen 66 dan 67, menubuhkan akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelasnya sendiri bagi perbelanjaan bersama harta bersama terhadnya, termasuk perbelanjaan yang berhubung dengan harta bersama terhadnya;

(b)

menghendaki pemilik petak di bawah perbadanan pengurusan subsidiari untuk membayar Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas;

(c)

menguatkuasakan undang-undang kecil yang berhubungan dengan harta bersama terhadnya; dan

(d)

selainnya mempunyai kawalan, pengurusan dan pentadbiran bagi harta bersama terhadnya.

(4)

Suatu perbadanan pengurusan subsidiari tidak boleh membuat apa-apa kontrak atau membawa guaman atas nama perbadanan pengurusan dan perbadanan pengurusan tidak mempunyai apa-apa liabiliti bagi kontrak yang dibuat atau hutang atau kos guaman yang ditanggung oleh perbadanan pengurusan subsidiari itu.

Undang-Undang Malaysia 90

(5)

Suatu perbadanan pengurusan subsidiari boleh mendapatkan insurans hanya—

(a)

terhadap risiko yang tidak diinsuranskan oleh perbadanan pengurusan; atau

(b)

bagi jumlah yang melebihi jumlah yang diinsuranskan oleh perbadanan pengurusan.

(6)

Bagi maksud subseksyen (5), perbadanan pengurusan subsidiari hendaklah mempunyai kepentingan yang boleh diinsuranskan yang sama dalam harta bersama terhadnya sebagaimana yang dipunyai oleh perbadanan pengurusan dalam harta bersama.

(7)

Walau apa pun mana-mana peruntukan lain Akta ini, perbadanan pengurusan subsidiari bagi mana-mana harta bersama terhad yang terdapat di dalam kawasan pemajuan boleh menguruskan dan menyenggarakan—

(a)

mana-mana harta bersama di dalam kawasan pemajuan yang sama; atau

(b)

apa-apa harta bersama terhad yang lain bagi perbadanan pengurusan subsidiari yang lain di dalam kawasan pemajuan itu, atas terma dan syarat sebagaimana yang dipersetujui antara perbadanan pengurusan subsidiari itu dengan perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari yang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Report

Bab 6

Bahagian VI

Ejen Pengurusan

Bahagian VII

Deposit untuk Membaiki Kecacatan

Bahagian VIII

Insurans

Bahagian IX

Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata

Bahagian

Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules