Skip to content
In forceUpdated to 8 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian V · Pengurusan Strata Selepas Kewujudan Perbadanan Pengurusan

76. Pelantikan pentadbir bagi perbadanan pengurusan

(1)

Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa atas permohonan perbadanan pengurusan, seseorang pemilik atau mana-mana orang atau badan lain yang mempunyai kepentingan berdaftar dalam sesuatu petak boleh melantik seorang pentadbir bagi perbadanan pengurusan itu selama suatu tempoh yang tetap atau tidak ditetapkan dan atas apa-apa terma dan syarat mengenai saraan atau selainnya yang difikirkan patut oleh mahkamah.

(2)

Saraan dan perbelanjaan bagi pentadbir hendaklah dipertanggungkan pada akaun penyenggaraan perbadanan pengurusan.

(3)

Pentadbir hendaklah, sehingga mengetepikan perbadanan pengurusan, mempunyai kuasa dan menjalankan kewajipan perbadanan pengurusan itu, atau mana-mana kuasa atau kewajipan itu sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), perbadanan pengurusan boleh memohon di bawah subseksyen (6) bagi pemecatan atau penggantian pentadbir itu.

(5)

Seseorang pentadbir apabila dilantik hendaklah dengan serta-merta memfailkan dengan Pesuruhjaya suatu salinan pejabat bagi perintah mahkamah yang membuat pelantikannya itu.

Pengurusan Strata 101

(6)

Mahkamah boleh, atas permohonan perbadanan pengurusan atau mana-mana orang atau badan yang berhak membuat permohonan di bawah subseksyen (1), memecat atau menggantikan pentadbir itu.

(7)

Jika suatu perintah mahkamah bagi pemecatan atau penggantian seseorang pentadbir telah diberikan kepada mana-mana orang, orang itu hendaklah dengan serta-merta memfailkan dengan Pesuruhjaya suatu salinan pejabat bagi perintah itu.

(8)

Atas apa-apa permohonan yang dibuat di bawah seksyen ini, mahkamah boleh membuat apa-apa perintah bagi pembayaran kos sebagaimana yang difikirkannya patut.

Report

Bab 6

Bahagian VI

Ejen Pengurusan

Bahagian VII

Deposit untuk Membaiki Kecacatan

Bahagian VIII

Insurans

Bahagian IX

Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata

Bahagian

Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules