Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bahagian V · Pengurusan Strata Selepas Kewujudan Perbadanan Pengurusan
72. Daftar strata
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pemaju, semasa tempoh pengurusan permulaan, atau perbadanan pengurusan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyediakan dan menyenggarakan suatu daftar strata dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang dikehendaki oleh
Pesuruhjaya, yang mengandungi butiran yang berikut berkenaan dengan semua petak di dalam kawasan pemajuan:
unit syer bagi setiap petak;
keluasan lantai bagi setiap petak;
Pengurusan Strata 97
nama dan alamat tiap-tiap pemilik, dan jika pemilik itu bukan seorang pemastautin Malaysia, alamat di Malaysia yang pada alamat itu notis boleh disampaikan kepada pemilik itu; dan
nama dan alamat peguam cara yang bertindak bagi pemilik dalam penjualan dan pembelian petak itu, jika ada.
Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Jika perbadanan pengurusan tidak mematuhi subseksyen (1), tiap-tiap anggota jawatankuasa pengurusan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Dalam prosiding terhadap anggota jawatankuasa pengurusan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (3), adalah menjadi suatu pembelaan jika anggota itu membuktikan bahawa—
kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya; dan
dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
Bab 6
Bahagian VI
Ejen Pengurusan
Bahagian VII
Deposit untuk Membaiki Kecacatan
Bahagian VIII
Insurans
Bahagian IX
Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata
Bahagian
Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.
Bahagian X
Penguatkuasaan
Bahagian XI