Skip to content
In forceUpdated to 8 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian V · Pengurusan Strata Selepas Kewujudan Perbadanan Pengurusan

63. Pentadbiran perbadanan pengurusan subsidiari

(1)

Suatu perbadanan pengurusan subsidiari hendaklah memilih suatu jawatankuasa pengurusan subsidiari yang, tertakluk kepada apa-apa sekatan yang dikenakan atau arahan yang diberikan oleh perbadanan pengurusan subsidiari pada suatu mesyuarat agung, hendaklah melaksanakan kewajipan dan menjalankan urusan perbadanan pengurusan subsidiari itu bagi pihaknya, dan boleh bagi maksud itu menjalankan apa-apa kuasa perbadanan pengurusan subsidiari itu.

(2)

Perbadanan pengurusan subsidiari hendaklah terdiri daripada semua pemilik bagi semua petak yang terdapat di dalam kawasan pemajuan yang bagi mereka manfaat eksklusif harta bersama terhad dikhaskan.

(3)

Pemilik yang membentuk suatu perbadanan pengurusan subsidiari boleh memanggil dan mengadakan mesyuarat dan meluluskan ketetapan mengikut cara yang sama sebagaimana pemilik yang membentuk suatu perbadanan pengurusan.

(4)

Sekurang-kurangnya seorang anggota jawatankuasa pengurusan subsidiari perbadanan pengurusan subsidiari hendaklah menjadi anggota jawatankuasa pengurusan perbadanan pengurusan.

(5)

Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi perbadanan pengurusan subsidiari dan jawatankuasa pengurusan subsidiari, dengan ubah suaian yang perlu, termasuk—

(a)

suatu sebutan mengenai “perbadanan pengurusan” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai perbadanan pengurusan subsidiari; dan

(b)

suatu sebutan mengenai “jawatankuasa pengurusan”

hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai jawatankuasa pengurusan subsidiari.

Pengurusan Strata 89

Report

Bab 6

Bahagian VI

Ejen Pengurusan

Bahagian VII

Deposit untuk Membaiki Kecacatan

Bahagian VIII

Insurans

Bahagian IX

Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata

Bahagian

Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules