Skip to content
In forceUpdated to 8 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian V · Pengurusan Strata Selepas Kewujudan Perbadanan Pengurusan

71. Undang-undang kecil bagi harta bersama terhad

(1)

Undang-undang kecil perbadanan pengurusan hendaklah terpakai bagi harta bersama terhad yang diuruskan dan disenggarakan oleh perbadanan pengurusan subsidiari melainkan jika undang-undang kecil itu telah selainnya dipinda secara nyata—

(a)

oleh perbadanan pengurusan subsidiari menurut suatu ketetapan khas yang diluluskan pada mesyuarat agung perbadanan pengurusan subsidiari itu; dan

(b)

berkenaan dengan apa-apa perkara yang berhubung semata-mata dengan harta bersama terhad itu atau perbadanan pengurusan subsidiari itu.

(2)

Suatu perbadanan pengurusan subsidiari boleh, melalui ketetapan khas, membuat undang-undang kecil tambahan atau membuat pindaan kepada undang-undang kecil tambahan itu, yang selaras dengan undang-undang kecil yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 150, yang berhubungan dengan harta bersama terhad yang dikhaskan bagi manfaat eksklusif semua petak di bawah perbadanan pengurusan subsidiari itu.

(3)

Undang-undang kecil tambahan yang dibuat di bawah subseksyen (2) hendaklah mengikat perbadanan pengurusan subsidiari dan pemilik petak yang membentuk perbadanan pengurusan subsidiari itu, dan mana-mana pemegang gadaian, penerima pajak, penyewa atau penghuni petak itu pada takat yang sama seolah-olah undang-undang kecil tambahan itu—

(a)

telah ditandatangani atau dimeterai oleh perbadanan pengurusan subsidiari, dan setiap pemilik dan setiap pemegang gadaian, penerima pajak, penyewa atau penghuni itu, masing-masing; dan

Undang-Undang Malaysia 96

(b)

mengandungi waad bersama untuk memerhati, mematuhi dan melaksanakan semua peruntukan undang-undang kecil tambahan itu.

(4)

Suatu salinan mana-mana undang-undang kecil tambahan yang dibuat oleh perbadanan pengurusan subsidiari di bawah subseksyen (2) dan mana-mana pindaan undang-undang kecil tambahan itu yang sedang berkuat kuasa, yang diperakui sebagai suatu salinan benar di bawah meterai perbadanan pengurusan subsidiari itu, hendaklah difailkan oleh perbadanan pengurusan subsidiari itu dengan Pesuruhjaya dalam masa tiga puluh hari dari kelulusan ketetapan khas oleh perbadanan pengurusan subsidiari yang meluluskan undang-undang kecil tambahan itu.

(5)

Perbadanan pengurusan subsidiari atau mana-mana pemilik petak yang membentuk perbadanan pengurusan subsidiari itu berhak untuk memohon kepada Tribunal atau mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa—

(a)

bagi suatu perintah untuk menguatkuasakan pelaksanaan, atau mencegah pelanggaran, mana-mana undang-undang kecil oleh; atau

(b)

untuk mendapatkan ganti rugi bagi apa-apa kerugian atau kecederaan kepada mana-mana orang atau harta yang timbul daripada pelanggaran terhadap mana-mana undang-undang kecil daripada, mana-mana orang yang terikat untuk mematuhi undang-undang kecil itu.

Report

Bab 6

Bahagian VI

Ejen Pengurusan

Bahagian VII

Deposit untuk Membaiki Kecacatan

Bahagian VIII

Insurans

Bahagian IX

Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata

Bahagian

Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules