Skip to content
In forceUpdated to 8 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian V · Pengurusan Strata Selepas Kewujudan Perbadanan Pengurusan

73. Hak pemilik atau bakal pemilik

Tertakluk kepada suatu pembayaran fi yang tidak melebihi lima puluh ringgit, atas permohonan oleh atau bagi pihak seseorang yang merupakan pemilik, atau oleh atau bagi pihak seseorang yang merupakan bakal pemilik, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah mengeluarkan kepada orang itu suatu perakuan yang memperakui—

(a)

jumlah Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas, yang kena dibayar oleh seseorang pemilik kepada perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan;

Undang-Undang Malaysia 98

(b)

masa dan cara pembayaran jumlah apa-apa Caj dan caruman itu;

(c)

jumlah, jika ada, tunggakan Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas, berkenaan dengan petak itu;

(d)

jumlah wang yang terdapat dalam kredit akaun penyenggaraan dan jumlah wang dalam akaun itu yang telah dikomitkan atau dirizabkan bagi perbelanjaan yang telah dilakukan oleh perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(e)

jumlah wang yang terdapat dalam kredit akaun kumpulan wang penjelas dan jumlah wang dalam akaun itu yang telah dikomitkan atau dirizabkan bagi perbelanjaan yang telah dilakukan oleh perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(f)

jenis pembaikan dan perbelanjaan yang dianggarkan, jika ada, jika perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah melakukan apa-apa perbelanjaan atau hampir melaksanakan apa-apa pembaikan, kerja atau perbuatan yang berkenaan dengannya suatu liabiliti mungkin ditanggung oleh pemilik bagi petak itu di bawah mana-mana peruntukan Akta ini.

Report

Bab 6

Bahagian VI

Ejen Pengurusan

Bahagian VII

Deposit untuk Membaiki Kecacatan

Bahagian VIII

Insurans

Bahagian IX

Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata

Bahagian

Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules