Skip to content

Seksyen 148

Penguatkuasaan penghakiman, dsb., bagi pembayaran wang

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 148 of 248
Seksyen 148
(1)

Tertakluk pada Akta ini, suatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang, selain penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang ke dalam Mahkamah, bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu—

(a)

perintah penyitaan dan penjualan;

(b)

prosiding hiwalah;

(c)

dalam hal apabila seksyen 151 terpakai, perintah pengkomitan.

76

Undang-Undang Malaysia

(2)

Tertakluk pada Akta ini, suatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang ke dalam Mahkamah boleh dikuatkuasakan, dalam hal jika seksyen 151 terpakai, melalui perintah pengkomitan.

(3)

Subseksyen (1) dan (2) tidaklah menjejaskan apa-apa remedi lain yang terdapat bagi menguatkuasakan sesuatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, atau kuasa Mahkamah untuk mengkomitkan ke penjara seseorang yang ingkar membayar wang yang telah dihakimkan atau diperintahkan supaya dibayar olehnya.