Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian XVIII · Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
155. Mengeluarkan perintah pelaksanaan
Feedback & supportTertakluk pada seksyen 154, pemiutang penghakiman boleh mengemukakan kepada Pendaftar suatu perintah bagi pelaksanaan dalam Borang MS 35 dan Pendaftar, jika didapati tiada sebab mengapa pelaksanaan tidak boleh dikeluarkan, hendaklah menandatangani dan memeteraikan perintah itu dalam dua salinan, memfailkan satu salinannya dan menyerahkan yang satu lagi kepada bailif bagi pelaksanaan.