Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian XVIII · Penguatkuasaan dan Pelaksanaan

160. Penyitaan dan penjualan

Feedback & support

Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai apabila pelaksanaan melalui penyitaan dan penjualan diperintahkan bagi apa-apa harta:

(a)

bailif hendaklah—

(i)

tertakluk pada peruntukan yang kemudian daripada ini, mengambil harta itu dan meletakkannya dalam jagaannya;

(ii)

jika harta itu terdiri daripada syer, saham, debentur atau bon yang tidak boleh dipindahkan melalui penghantarserahan, dalam apa-apa pinjaman atau kumpulan wang, menyampaikan kepada pihak berkuasa yang berkenaan suatu salinan perintah bagi pelaksanaan dalam Borang MS 36 bersama-sama dengan perihalan yang mencukupi mengenai syer, saham, debentur atau bon yang disita itu, dan sesudah itu tiada pemindahan syer, saham, debentur atau bon itu boleh didaftarkan kecuali dengan kebenaran

Mahkamah, dan apa-apa faedah atau dividen berkenaan dengan syer, saham, debentur atau bon itu hendaklah dibayar ke dalam Mahkamah sehingga

84

Undang-Undang Malaysia

Mahkamah memerintahkan selainnya atau membenarkan pemindahannya;

(b)

selepas harta itu disita, apa-apa pemberimilikan atau pelupusan harta yang disita itu, selain dengan kebenaran

Mahkamah, adalah tak sah terhadap bailif, dan perbuatan itu juga suatu penghinaan mahkamah;

(c)

pada bila-bila masa sebelum penjualan, pemiutang penghakiman boleh meminta bailif melepaskan apa-apa harta tertentu, dan pelepasan itu tidak boleh disifatkan sebagai suatu penghentian pelaksanaan pada keseluruhannya;

(d)

pada bila-bila masa sebelum penjualan, pemiutang penghakiman boleh menghentikan pelaksanaan itu, dan bailif hendaklah sesudah itu memulangkan perintah bagi pelaksanaan itu kepada Mahkamah;

(e)

bailif hendaklah, melainkan jika harta yang disita itu merupakan wang, meneruskan penjualan harta itu mengikut

Bahagian ini;

(f)

bailif hendaklah, selepas pelaksanaan selesai, membuat suatu penyata berhubungan dengan pelaksanaan itu dan mengemukakannya kepada Pendaftar.

Report

Bahagian XIX

Pembahagian Mengikut Kadar

Bahagian XX

Prosiding Interlokutori dan Perintah Interim

Bahagian XXI

Kuasa Hakim dan Pendaftar

Bahagian XXII

Wang dan Harta di dalam Mahkamah

Bahagian XXIII

Kos, Elaun dan Fi Mahkamah

Bahagian XXIV

Penghinaan Mahkamah

Bahagian XXV

Pelbagai

Schedules