Skip to content

Seksyen 169

Penyata mengenai perintah

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 169 of 248
Seksyen 169
(1)

Bailif hendaklah membuat penyata dalam Borang MS 40

mengenai tiap-tiap perintah bagi pelaksanaan sebaik sahaja dia menyempurnakan pelaksanaan itu dan hendaklah menyerahkan suatu salinan penyata itu kepada pemiutang penghakiman dan penghutang penghakiman.

(2)

Pemiutang penghakiman berhak memeriksa dan menyalin mana-mana inventori harta, akaun penjualan, baucar atau dokumen lain berhubungan dengan pelaksanaan itu yang disimpan atau disenggarakan oleh bailif.