Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian XVIII · Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
167. Penggunaan hasil
Feedback & supportBailif hendaklah menggunakan wang yang dilevikan atau diterimanya melalui pelaksanaan mengikut susunan yang berikut:
perbelanjaan pelaksanaan;
pengembalian deposit pemiutang penghakiman yang tidak digunakan;
jika hal itu termasuk dalam Bahagian XIX, pembayaran ke dalam Mahkamah yang hendaklah diperlakukan mengikut
Bahagian itu;
jika hal itu yang tidak termasuk dalam Bahagian XIX, pembayaran ke dalam Mahkamah untuk kredit pemiutang penghakiman tidak melebihi amaun yang diperlukan untuk
Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
89
menunaikan penghakiman yang mengenainya pelaksanaan itu dikeluarkan dan kos pelaksanaan itu; dan
pembayaran bakinya ke dalam Mahkamah untuk kredit penghutang penghakiman.