Skip to content

Seksyen 154

Kebenaran untuk mengeluarkan perintah pelaksanaan

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 154 of 248
Seksyen 154
(1)

Suatu perintah bagi pelaksanaan bagi menguatkuasakan sesuatu penghakiman atau perintah tidak boleh dikeluarkan tanpa kebenaran Mahkamah—

(a)

jika penghakiman atau perintah itu tertakluk pada apa-apa syarat atau kontingensi;

(b)

jika pada bila-bila masa enam tahun atau lebih telah berlalu sejak tarikh penghakiman atau perintah itu;

(c)

jika apa-apa perubahan telah berlaku disebabkan oleh kematian, serah hak atau selainnya pada pihak-pihak yang berhak kepada atau yang boleh dikenakan pelaksanaan di bawah penghakiman atau perintah itu;

(d)

jika pemiutang penghakiman berhasrat menguatkuasakan penghakiman itu terhadap mana-mana orang selain penghutang penghakiman yang dinamakan dalam penghakiman itu;

Tatacara Mal Mahkamah Syariah

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

(e)

jika suatu perintah pengkomitan masih berkuat kuasa;

(f)

kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 134(2), jika suatu perintah untuk pembayaran secara ansuran masih berkuat kuasa; atau

(g)

jika pelaksanaan telah digantung oleh Mahkamah.

(2)

Permohonan untuk mendapatkan kebenaran pelaksanaan boleh dibuat secara ex parte, tetapi Mahkamah boleh memerintahkan supaya permohonan itu disampaikan kepada mana-mana pihak atau orang yang berkenaan.

(3)

Mahkamah hendaklah, jika Mahkamah berpuas hati bahawa perintah bagi pelaksanaan itu patut dikeluarkan, memberikan kebenaran mengikut permohonan itu.