Seksyen 149
Penguatkuasaan penghakiman bagi pemilikan harta tak alih
of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998
Tertakluk pada Akta ini, suatu penghakiman atau perintah bagi pemberian pemilikan harta tak alih bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu—
(a)
perintah pemilikan;
(b)
dalam hal apabila seksyen 151 terpakai, perintah pengkomitan.
(2)
Suatu perintah pemilikan tidak boleh diberikan melainkan jika telah ditunjukkan bahawa tiap-tiap orang yang mempunyai milikan sebenar keseluruhan atau mana-mana bahagian tak alih itu telah menerima notis prosiding itu sebagaimana yang didapati mencukupi oleh
Mahkamah untuk membolehkannya memohon kepada
Mahkamah untuk mendapatkan apa-apa relief yang dia mungkin berhak untuk mendapatkannya.
(3)
Sesuatu perintah pemilikan boleh mengandungi peruntukan bagi menguatkuasakan pembayaran apa-apa wang yang dihakimkan atau diperintahkan supaya dibayar oleh penghakiman atau perintah yang hendak dikuatkuasakan itu.
Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
77
Penguatkuasaan penghakiman bagi penghantarserahan harta alih.