Skip to content

Seksyen 176

Permohonan untuk mendapatkan saman penghutang penghakiman

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 176 of 248
Seksyen 176
(1)

Jika penghakiman Mahkamah adalah untuk mendapatkan pembayaran wang, pemiutang penghakiman yang berhak menguatkuasakan penghakiman itu boleh menghendaki penghutang penghakiman yang bertanggungan di bawah penghakiman itu hadir di

Mahkamah untuk diperiksa secara lisan tentang keupayaannya membayar atau menyelesaikan hutang penghakiman itu dan untuk mendapatkan apa-apa harta yang boleh digunakan bagi pembayaran itu.

(2)

Sesuatu permohonan meminta kehadiran seseorang penghutang penghakiman di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dengan memfailkan suatu permintaan dalam Borang MS 42 yang ditandatangani oleh pemohon atau Peguam Syarienya.

(3)

Jika suatu penghakiman telah diberikan terhadap dua orang atau lebih, pemiutang penghakiman boleh menghendaki saman penghutang penghakiman dikeluarkan terhadap setiap orang atau mana-mana orang yang bertanggungan di bawah penghakiman itu.

92

Undang-Undang Malaysia