Skip to content

Seksyen 173

Pembayaran daripada Mahkamah

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 173 of 248
Seksyen 173

Tertakluk pada mana-mana undang-undang bertulis, apa-apa jumlah wang yang dibayar ke dalam Mahkamah oleh bailif untuk kredit mana-mana orang hendaklah, atas permohonannya, dibayar daripada Mahkamah kepadanya tanpa apa-apa perintah:

Dengan syarat bahawa Pendaftar boleh mengikut budi bicaranya dalam apa-apa hal dan hendaklah, jika dia mempunyai notis bahawa mana-mana orang lain menuntut jumlah wang berkenaan atau mana-mana bahagian jumlah wang itu, menghendaki pemohon itu mendapatkan perintah Mahkamah sebelum membuat pembayaran itu.