Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian XVIII · Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
178. Pemeriksaan penghutang penghakiman
Feedback & supportPada hari yang ditetapkan untuk pendengaran saman penghutang penghakiman, Mahkamah boleh memeriksa penghutang penghakiman itu dan saksi-saksi lain dengan iqrar.
Jika penghutang penghakiman tidak hadir pada hari yang ditetapkan untuk pendengaran saman itu, Mahkamah boleh—
memerintahkan supaya dia ditangkap dan dibawa ke hadapan Mahkamah untuk diperiksa; atau
membuat suatu perintah di bawah subseksyen (3) terhadap penghutang penghakiman itu.
Mahkamah boleh memerintahkan penghutang penghakiman membayar hutang penghakiman itu sama ada—
sekali gus dengan serta-merta atau dalam apa-apa masa yang ditetapkan oleh Mahkamah; atau
melalui apa-apa ansuran yang hendaklah dibayar pada masa yang ditetapkan oleh Mahkamah.
Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)