Seksyen 180
Mengeluarkan notis penghakiman
of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998
ActIn forceProvision 180 of 248
Seksyen 180
(1)
Apabila Mahkamah menerima permohonan di bawah seksyen 179, Mahkamah hendaklah mengeluarkan suatu notis penghakiman dalam Borang MS 45.
(2)
Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, suatu notis penghakiman hendaklah disampaikan ke diri penghutang penghakiman sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh yang ditetapkan bagi kehadiran penghutang penghakiman itu.