Seksyen 181
Pendengaran notis penghakiman
of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998
ActIn forceProvision 181 of 248
Seksyen 181
(1)
Mahkamah boleh, selepas mendengar penghutang penghakiman yang hadir menurut suatu notis penghakiman di bawah seksyen 180, membuat suatu perintah pengkomitan bagi tempoh yang tidak melebihi tiga puluh hari atau mengubah perintah yang disebut dalam seksyen 178 sebagaimana yang difikirkannya adil.
(2)
Jika suatu perintah pengkomitan dibuat, Mahkamah boleh mengarahkan supaya pelaksanaan perintah itu digantung dengan atau tanpa syarat untuk membolehkan penghutang penghakiman membayar amaun yang mengenainya perintah itu dibuat.
94
Undang-Undang Malaysia