Skip to content

Seksyen 19

Perubahan pihak

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 19 of 248
Seksyen 19
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak pada mana-mana peringkat prosiding, membatalkan, menggantikan atau menambahkan mana-mana pihak mengikut apa-apa cara dan atas apa-apa terma yang adil dan patut.

(2)

Tiada seorang pun boleh dijadikan plaintif tanpa persetujuannya atau, jika dia tak berkeupayaan, tanpa persetujuan wakilnya yang hendaklah ditandakan secara bertulis atau mengikut apa-apa cara lain yang dibenarkan.