Skip to content

Seksyen 20

Kesalahcantuman dan ketakcantuman pihak

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 20 of 248
Seksyen 20
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), pada mana-mana peringkat prosiding dalam apa-apa kausa atau perkara Mahkamah boleh, sebagaimana yang difikirkannya adil dan sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan—

Tatacara Mal Mahkamah Syariah

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

(a)

memerintahkan supaya mana-mana pihak yang telah dijadikan suatu pihak dengan tak patut atau tak perlu atau yang kerana apa-apa sebab telah terhenti menjadi pihak yang patut atau perlu, terhenti menjadi suatu pihak;

(b)

memerintahkan supaya mana-mana pihak yang sepatutnya telah dicantumkan sebagai suatu pihak atau yang kehadirannya di hadapan

Mahkamah perlu untuk memastikan bahawa segala perkara yang dipertikaikan dalam kausa atau perkara itu boleh diputuskan dan dihakimi dengan berkesan dan lengkap ditambahkan sebagai suatu pihak.

(2)

Tiada seorang pun boleh ditambahkan sebagai plaintif tanpa persetujuannya yang ditandakan secara bertulis atau mengikut apa-apa cara lain sebagaimana yang dibenarkan.